[Kronologi] Kes Tangkap Khalwat Putri Mardiana

Kronologi Kes Tangkap Khalwat Pelakon Putri Mardiana

Kes tangkap khalwat pelakon Putri Mardiana dan seorang lelaki bernama Ejump atau nama penuhnya Shahrizam telah diketahui ramai. Secara tidak langsung pasti ramai yang membuat andaian sendiri mengenai perkara tersebut. Oleh sebab itu Putri Mardiana telah memberi kenyataan berhubung kes tangkap khalwat dirinya bagi mempertahankan diri.

Putri Mardiana dakwa diperangkap bekas kekasih

Putri Mardiana mendakwa dia diperangkap oleh bekas kekasih. Ini merupakan kisah dan kenyataan dari pihak Putri Mardiana: (MalaysianDigest.com) Saya ke mahkamah hari ini tadi, kerana kes perceraian teman lelaki saya. Hari ini kami mengambil surat cerai Ejump dan syukur kes itu sudah selesai. 

Ejump bukan suami orang
Gambar hiasan Putri Mardiana ditangkap khalwat bersama Ejump
Gambar hiasan sahaja
Teman lelaki saya bukan lagi suami orang sebenarnya dan selama ini saya sering menemaninya ke mahkamah menjalani prosiding perceraiannya itu. Sebenarnya, kami memang sudah merancang mahu bernikah. Kalau tiada aral, majlis pernikahan kami akan berlangsung selepas raya tahun depan. 

Putri Mardiana dikenakan orang
Apa yang semua sudah tahu, saya tidak perlulah menidakkan kerana orang tetap akan memberi tanggapan negatif terhadap saya. Namun, saya tahu dan kenal dengan pihak yang merancang perkara ini (ditangkap khalwat). Saya sebenarnya di ‘prank’ bekas teman lelaki saya dan juga mendapat tahu perancangan ini melibatkan bekas isteri Ejump. 

Mereka bersepakat untuk kenakan saya dan bekas teman lelaki saya minta nombor rumah saya daripada tuan rumah. Dia juga yang membuat aduan kepada pihak JAIS sehingga serbuan dibuat. Kemudian JAIS datang (selepas Ejump masuk untuk minum air) dan saya suruh teman lelaki membuka pintu. 

Putri Mardiana Zainal Abidin
Putri Mardiana Zainal Abidin

Kami tidak lari dan tidak takut semasa serbuan JAIS
Kami tak lari kerana buat apa kami nak takut, sedangkan ketika itu kami tidak buat apa-apa. Kami pun masih dalam keadaan berbaju lengkap. Saya siap jemput JAIS minum dan mereka jadi serba salah. Sebenarnya bekas teman lelaki saya itu adalah kawan baik kepada Ejump. 

Ejump tahu saya pernah ada kekasih
Sewaktu saya bersama dengan bekas kekasih saya itu, Ejump tahu banyak tentang kami. Malah Ejump tahu yang dia pernah pukul saya. Sehinggalah kami putus dan saya semakin rapat dengan Ejump sebab dia banyak memberi semangat pada saya. 


Keluarga tahu hubungan Putri Mardiana dengan Ejump
Keluarga sudah tahu hubungan kami tetapi buat masa ini kami tak berhasrat percepatkan pernikahan sebab kami bukan mahu kahwin kerana perkara itu (ditangkap khalwat). Saya terima dan terpaksa hadap semua ini. 

Saya tahu memang ada pihak yang tidak boleh tengok saya bahagia dan ada saja yang dengki. Tak mengapalah, hari ini mungkin hari saya. Terima kasih pada pihak yang telah buat saya popular. Kalau ini cara dapat puaskan hati dia, kami dah puaskan hati dia. 

Apa yang penting sekarang ini, anak-anak saya selamat.

Begitulah kenyataan Putri Mardiana berhubung kes tangkap khalwat dengan Ejump.


P/s : Biasalah kalau dah popular ni. Banyak yang cemburu lebih-lebih lagi kalau cantik.





The Editorial Team of Skandal Malaysia consists of two newbie Blogger Admin (Founder of Skandal.com) and Malaysian (Founder of Malaysian.com).

0 Response to "[Kronologi] Kes Tangkap Khalwat Putri Mardiana "

Post a Comment

Terima kasih kerana memberikan komen yang sopan dan berhemah. Pihak admin tidak bertanggungjawab di atas sebarang komen pengunjung blog ini. Setiap komen adalah pendapat dan pandangan peribadi individu yang memberikan komen.