Benarkah pusat skandal adalah Bank Negara?

Setakat ini tiada sebarang pengesahan lagi bagaimana pihak polis akan meneruskan kes ini tetapi terdapat tanda-tanda bahawa mereka sudah cukup bosan dengan keseluruhan  situasi dan berkemungkinan besar mereka akan menyerahkan segala-galanya kepada Datuk Nurshamsiah Mohd Yunus, Shamsuddin Mahayidin dan Abdul Rahman Abu Bakar.
Raja Petra Kamarudin
Perletakan jawatan Penolong Gabenor Datuk Abdul Murad Khalid
Bank ingin mengumumkan peletakan jawatan Datuk Abdul Murad Khalid, Penolong Gabenor Bank, berkuatkuasa 1 Februari 1999. Datuk Abdul Murad sebagai Penolong Gabenor,telah dipertanggungjawabkan untuk penguatkuasaan peraturan bank dan mengawalselia perbankan.
Itu merupakan pengumuman Bank Negara Khamis, 3hb Februari 1999.
Kisah Murad adalah sebuah cerita panjang dan jika anda ingin tahu keseluruhan cerita tersebut maka anda perlu membaca mengenainya di Malaysia Today. Kesimpulannya, ,Murad seorang lelaki yang sangat kanan di Bank Negara terpaksa meletakkan jawatan (begitu juga dengan sebahagian yang lain pada masa yang lebih kurang sama) kerana beliau terlibat dalam pengubahan wang haram RM3 bilion milik Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Murad akhirnya ditangkap dan dalam kenyataannya, beliau mendedahkan bagaimana RM3 bilion tersebut telah diagihkan di seluruh dunia dan diletakkan dalam akaun-akaun bank yang pelbagai.
Enam tahun sebelum ianya didedahkan, Bank Negara telah kehilangan RM30 bilion dalam skandal Forex yang membabitkan Tun Dr. Mahathir dan Anwar. Lim Kit Siang sebagai Ketua Pembangkang ketika itu, sangat marah terutama tentang Anwar yang berbohong kepada Parlimen sehinggakan beliau mendesak perletakan jawatan Anwar.
Oleh itu, Bank Negara telah menjadi tumpuan lebih daripada sekali pada tahun 1990-an ketika Dr Mahathir dan Anwar masih berkuasa. Kedua-dua kali tersebut untuk perlakuan yang berunsur jenayah. Dan kini sekali lagi bank akan menjadi tumpuan sebagai Pusat skandal dan jenayah.
Datuk Nurshamsiah Mohd Yunus, Timbalan Gabenor, Bank Negara serta Shamsuddin Mahayidin dan Abdul Rahman Abu Bakar, telah dikenalpasti sebagai tiga pesalah daripada bank yang membocorkan maklumat sulit kepada Wall Street Journal.
Satu laporan telah dibuat terhadap mereka dan kemungkinan besar mereka akan mengalami nasib yang sama seperti Murad pada tahun 1999.
Dalam skandal Bank Negara yang pertama pada tahun 1993, ia melibatkan jenayah cuba untuk menutup kerugian Forex RM30 bilion dan juga jenayah berbohong kepada Parlimen. Pada 1999 pula ianya adalah jenayah berkaitan dengan pengubahan wang haram dan jenayah memindahkan secara haram wang RM3 bilion tersebut. Buat masa ini ianya adalah lebih serius.
Pihak berkuasa sedang berusaha mensabitkan ketiga-tiga pegawai Bank Negara atas kesalahan subversif yang boleh dianggap sebagai satu tindakan pengkhianatan. Ini boleh memberikan kesan yang sangat serius terhadap negara dan apa-apa tindakan sabotaj untuk menjatuhkan negara boleh dihukum sebagai melancarkan perang terhadap yang Agong dan boleh mengundang hukuman mati.
Mungkin mereka fikir bahawa mereka sekadar sabotaj Perdana Menteri tetapi apabila Akta mensabotaj Perdana Menteri melibatkan tindakan sabotaj terhadap negara maka ia adalah sama sahaja dengan pengkhianatan. Dan pengkhianatan pula bermaksud kematian.
Setakat ini tiada sebarang pengesahan lagi bagaimana pihak polis akan meneruskan kes ini tetapi terdapat tanda-tanda bahawa mereka sudah cukup bosan dengan keseluruhan  situasi dan berkemungkinan besar mereka akan menyerahkan segala-galanya kepada Datuk Nurshamsiah Mohd Yunus, Shamsuddin Mahayidin dan Abdul Rahman Abu Bakar.
Kita akan menunggu untuk melihat apa yang pihak polis bakal katakan beberapa hari lagi.
Sementara itu, pihak polis Thai telah mengesahkan bahawa Xavier Andre Justo adalah di bawah Keselamatan maksimum. Walaubagaimanapun pihak polis Thai menafikan bahawa ada cubaan untuk meracun Justo, mereka mengesahkan bahawa beliau adalah di bawah jagaan Keselamatan maksimum untuk menghalang sesiapa sahaja yang cuba memujuk beliau untuk menukar keterangannya.
Bagaimana ini ‘pujukan’ yang akan dilakukan tidak disebut namun, sepertimana Don Vito pernah berkata dalam ‘The Godfather’, mereka boleh “membuat tawaran dia tidak boleh tolak.”
Saya memang sukakan filem tersebut. Saya juga mungkin telah menonton lebih daripada enam kali dan yang terkini itu bulan lepas.

-Malaysia Today

The Editorial Team of Skandal Malaysia consists of two newbie Blogger Admin (Founder of Skandal.com) and Malaysian (Founder of Malaysian.com).

0 Response to "Benarkah pusat skandal adalah Bank Negara? "

Post a Comment

Terima kasih kerana memberikan komen yang sopan dan berhemah. Pihak admin tidak bertanggungjawab di atas sebarang komen pengunjung blog ini. Setiap komen adalah pendapat dan pandangan peribadi individu yang memberikan komen.